BSN : Login Dan Daftar Online Banking

Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan BSN Online Banking yang juga dikenali sebagai MyBSN dengan tujuan untuk memudahkan pelanggan mereka. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan dapat dengan mudah membuat transaksi hanya dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer riba.

Sebelum anda boleh menggunakan BSN Online, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di bank. Dalam proses pendaftaran ini, anda perlu mengemukakan nombor telefon bimbit anda bersama-sama dengan kad ATM BSN dan maklumat akaun BSN anda.

Seperti yang kita sedia maklum, nombor telefon bimbit memainkan peranan penting dalam menerima nombor TAC dan OTP semasa membuat transaksi. Oleh itu, pastikan nombor telefon anda sentiasa dikemaskini dan aktif untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Cara Daftar BSN Online

Anda boleh mendaftar untuk perkhidmatan perbankan dalam talian BSN melalui MyBSN dengan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan di bawah ini:

  1. Sila layari laman web mysBSN di https://www.mybsn.com.my/
  2. Klik pada Register
  3. Klik pada ‘Accept’ untuk mendaftar kali pertama
  4. Isi dan lengkapkan semua butiran maklumat yang diperlukan, kemudian klik Next
  5. Sila masukkan nama pengguna atau ID yang anda pilih bersama-sama dengan kata laluan.
  6. Tekan ‘Request OTP’.
  7. Anda akan menerima Nombor OTP dari SMS melalui telefon bimbit anda.
  8. Masukkan nombor OTP tersebut untuk meneruskan pendaftaran.
  9. Pilih Gambar Keselamatan anda
  10. Apabila pendaftaran berjaya, skrin anda akan menunjukkan pengesahan pendaftaran bersama dengan butiran maklumat had transaksi perbankan.

Cara Login BSN Online

Untuk log masuk ke BSN online, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Buka laman web https://www.mybsn.com.my/
  2. Masukkan Username dan klik login
  3. Sahkan gambar keselamatan anda seperti yang anda pilih semasa pendaftaran tadi.  
  4. Sila masukkan Password anda
  5. Tekan butang login
  6. Jika anda menggunakan BSN online untuk kali pertama, sila lengkapkan maklumat peribadi yang diminta di kotak-kotak yang bertanda *
  7. Setelah selesai, anda sudah boleh memulakan urusan transaksi dalam talian melalui perbankan internet BSN.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Berikut adalah beberapa perkhidmatan yang boleh anda gunakan dengan MyBSN online:

  • Pertanyaan Baki
  • Pemindahan Dana
  • Pembayaran Bil
  • Pembayaran Kad Kredit
  • Pembelian SSP
  • Pembelian Pin
  • Topup atau tambah nilai prabayar
  • Boleh muat turun atau download e-penyata BSN
  • dan lain-lain.

Leave a Comment