Cara Mengaktifkan SpayLater Shopee

Untuk pengguna yang baru pertama kali ingin mencuba ansuran di Shopee, sekarang terdapat ciri terbaru yang dapat digunakan iaitu SPayLater. Ciri ini ditawarkan kepada pengguna terpilih tanpa perlu menggunakan kad kredit.

Shopee’s Buy-Now-Pay-Later, yang dikenali sebagai SPayLater, telah diperkenalkan sebagai salah satu kaedah pembayaran terbaru. Dengan menggunakan cara ini, anda dapat memperoleh barang terlebih dahulu dan membayarnya kemudian.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk mengaktifkan SpayLater Shopee dengan mudah.

Cara Akftifkan SPayLater Di Shopee

SPayLater boleh digunakan oleh pengguna Shopee yang telah memverifikasi MyKad mereka dan merupakan warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Walaubagaimanapun, ciri ini perlu diaktifkan oleh pengguna dan nilai yang diberikan akan berbeza mengikut kelayakan. Terdapat kemungkinan bahawa beberapa individu akan menerima jumlah sebanyak RM1000, RM2000, atau maksimum RM300, bergantung kepada kelayakan masing-masing. Jumlah tersebut merupakan batas maksimum yang boleh digunakan untuk membeli barang apa pun di Shopee melalui pembayaran ansuran.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan SpayLater di Shopee:

  1. Buka aplikasi shopee
  2. Pergi ke bahagian ‘Me’ > ‘SPayLater’
  3. Setelah itu, klik ‘Activate Now’
  4. Sila masukkan kod pengesahan yang telah dihantar ke nombor telefon anda.
  5. Anda perlu memuat naik gambar MyKad anda dan masukkan maklumat yang diperlukan
  6. Seterusnya, perlu melalui ‘facial verification’ dengan ambil gambar selfie anda
  7.  SPayLater anda sudah diaktifkan
  8. Selesai

Cara Bayar Menggunakan SPayLater

Pastinya ada di antara kita yang tidak tahu cara untuk membuat pembayaran menggunakan SPayLater Shopee. Oleh itu, di bawah ini kami akan kongsikan langkah-langkah mudah yang boleh anda gunakan sebagai panduan.

  1. Buat pesanan di shopee seperti yang anda biasa lakukan.
  2. Kemudian, tekan pada ‘add to Cart’ dan ‘Check Out’
  3. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, pergi pada bahagian Payment Method dan pilih ‘SPayLater’
  4. Sila pilih plan pembayaran anda samada anda bayar kesemuanya pada bulan hadapan tanpa caj atau 2x, 3x atau 6x dan klik ‘Confirm’
  5. Kemudian, anda akan diminta untuk masukkan no pin Shopee pay anda
  6. Akhir sekali, anda akan menerima pengesahan bayaran. 
  7. Selesai

Barang yang anda beli akan dihantar kepada anda, dan pembayaran akan bermula pada bulan seterusnya bergantung kepada plan pembayaran yang anda pilih.

Leave a Comment